Monday, February 20, 2012

Terrified.

I know it's kinda lame, but yeah I'm playing this on repeat tonight.

Just me getting all emotional and memories fill in and then whatever should not be discussed here happened.

Just, enjoy guys.





Lyrics | Katharine McPhee lyrics - Terrified lyrics

Tuesday, May 31, 2011

double T buat aku lupa Z zone.

Tumblr dan Twitter.

duble T yang buat aku lupa Z zone. maaf sesangat. bukan apa, aku sekarang ni kerja. jadi masa yang ada aku spend more on those Ts. sebab lg praktikal untuk orang yang takde banyak masa macam aku. penulisan blog tak boleh macam ayam, nanti blog aku tak laku.(tapi tak update lagi tak laku. haha)

btw, sesape yang ada Tumblr dengan Twitter, boleh je kalau nak follow aku. aku tak kisah haha.

oke la, aku pon takde idea banyak sangat ni. just nak biar blog ni terupdate. maaf sekali lagi, oke?

salam~ :)

Thursday, May 26, 2011

aku kena writer's block sebab tu taktau nak taip apa kat sini

aku paling benci kalau belum apa apa dah kena writer's block. bengang betul la. =_=





oh, baru teringat hari tu aku ada tonyoh tonyoh phone aku,ada la aku karang seayat dua, dan aku ingat nak share benda alah ni kat sini even though aku tau lagi proper kalau share kat Tumblr.

"NAMA SESEORANG ITU AKAN KEKAL DALAM INGATAN ATAS DUA SEBAB. DIA PERNAH MEMBERI; BAHAGIA atau DERITA."


kalau orang tu pernah bagi dua dua sekali, lagi payah la. ye dak?

oh, esok kerja. chiow yeh? assalam. :)

p/s: result aku teruk. jangan tanya sebab aku takkan jawab. HAHA.


Tuesday, April 26, 2011

manusia senget #1

hari hari, macam macam jenis orang kita jumpa. ada yang kita kenal, ada yang tak. kadang kadang, kenal pun payah, tak kenal pun payah. yang kenal tu jadi payah bila dia kadang kadang lagi menyakitkan hati daripada yang tak kenal.

dalam ramai ramai tu, memang banyak la kan orang yang buat kau sakit hati. orang macam ni memang manusia senget.

entri kali ni, manusia yang selalu rasa tak puas hati.

ada seorang pakcik ni, selalu tak puas hati. bukan dengan aku je, dengan semua orang. hari tu, dia datang kat aku, tanya aku satu soalan, "dah habis ASASI ni, rasa berbaloi tak ambil sampai 13 subjek masa SPM?" pergh soalan dia, memang boleh bagi berasap telinga ah. tapi aku senyum dan jawab, "ilmu kan. kenapa nak kena rasa tak berbaloi atau rugi? kalau boleh nak tambah lagi subjek."

HAHA kena kau sebijik! tu belum lagi dia masuk isu pasal barang barang yang kitorang pakai la, kat mana aku belajar la, course apa aku nak buat nanti, kat mana makcik aku kerja blablabla blablabla. masalah kan? -.-"

kalau ayah aku, memang malas nak layan orang macam ni. lantak la dia nak cakap apa pun. hishhhh. kalau aku memang bagi jawapan bernas macam tadi tu la. HAHA

macam macam fiil manusia ni. yela, satu tangan ada lima jari. semua lain lain. tapi boleh je kan menari nari tekan keyboard nak taip entri ni sama sama? haha.

okay la sampai sini aje. kalau ada lagi perangai manusia senget yang aku jumpa, aku tulis lagi lain kali. :) btw, apa korang buat kalau berdepan dengan orang macam ni?


Sunday, April 24, 2011

lelaki dan meter material.

peringatan : baca dengan hati terbuka tanpa tetapan minda yang ini ialah entri berunsur gender-bias.

kredit untuk HanisRazak sebab bagi idea entri ni. (oit, aku dah mention kau dalam blog aku haha!)

lelaki bercakap tentang perempuan dan perempuan juga berbicara tentang lelaki. mesti la. masing masing memang diciptakan Tuhan untuk rasa tertarik dengan pihak satu lagi. berbincang tentang gender yang satu lagi tu buat aku kenal spesies Adam ni. kawan aku bagi pendapat, lelaki zaman sekarang ni ada tiga : 1. kalau kaya, player, pervert, tak guna. 2. kalau biasa biasa, gillette tak pun schick ultra. 3. kalau miskin, hampeh. (aku rasa macam tertukar je no 2 dengan no 3)

ka-ching ka-ching

tu pendapat dia la. kalau zaman mak ayah kita dulu mungkin la benda ni macam tak logik dan sepatutnya lebih merujuk kepada perempuan. tapi sekarang, women make money. berapa ramai perempuan yang lebih memilih kerjaya berbanding berkeluarga? jadi tak mustahil la zaman sekarang ramai lelaki pisau cukur. yang tak guna tu jangan cerita la. daripada dulu pun memang ramai je. kenapa boleh jadi macam ni? lelaki dah tak pandai cari duit guna kudrat sendiri ke?

bagi aku, ni semua pasal sikap. when it comes to attitude, gender bukan faktor utama. perempuan pun tak terkecuali. orang yang tak bertanggungjawab dan suka ambil kesempatan je yang bangga jadi schick ultra ni. kalau balik kepada meter material kita tadi, mungkin tak menyumbang sangat tapi ada penangan dia. kos sara hidup tinggi, duit takde tapi nak bergaya macam Aaron Aziz atau Erra Fazira. so jalan singkat, cukur la sesiapa! tapi amaran untuk kaum Hawa, jangan ingat kalau dapat si kaya kau selamat. yang kaya tu lagi bahaya tau tak. mak aku kata, lelaki kalau ada duit kerja nak bukak cawangan je =.="

sekali lagi, ni bukan entri gender-bias atau bias apa apa. aku cuma menaip apa yang terlintas di pagi pagi buta kala mata nak terpejam ni.

so kesimpulannya, jangan fikir material je. apa pun, Islam dah ajar cara nak cari pasangan. kalau boleh ikut la. sekufu pun Islam ada tekankan. jadi kalau dapat, cari la yang setaraf. untuk keserasian, bukannya bias tau. Islam agama yang menyeluruh. setiap apa yang disarankan, pasti ada sebab musababnya.

ahaha. dah ngantuk la. adios!

Saturday, April 23, 2011

3 sebab tak kapel.

bila aku cakap aku tak pernah kapel, ada yang tak percaya. maybe sebab aku ni ramai kawan lelaki. ya, aku memang tak pernah kapel. ada beberapa sebab yang buat aku rasa kapel tak sesuai dengan imej aku. haha poyo.


ada la sebab sebab dia.

first, aku rasa kapel tu tak relevan untuk budak sekolah. jadi sepanjang bersekolah sampai sekarang dah habis ASASI pun aku tak merasa lagi berkapel haha. bak kata kawan aku, enjoy la single life. ;)

second, dulu aku pernah kononnya cinta mati la kat seseorang ni. first love aku. bajet macam nak setia la konon kononnya. so, aku pun mengeraskan hati tak nak terima sesiapa melainkan dia. haha. nampak sangat cinta budak hingusan. pfftttt.

third, aku tau kapel tu salah. in fact ramai je kawan kawan aku yang kapel tau yang kapel tu tak boleh. tunang takpe hoho.

bagi aku la, tak payah pun nak kapel ni. kawan rapat jela sudah. at least kau still boleh kawan dengan ramai orang lain and and, kalau kecewa pun tak sakit sangat kot. yela, mana lagi cool, "pakwe aku tipu aku." atau "kawan aku tipu aku." ? memang la dua dua pun bunyi tak sedap tapi at least, kena tipu dengan kawan macam boleh chill lagi la kot. haha. sorry aku takde experience kena tipu dengan pakwe. dengan kawan dah banyak kali.

macam mana pun, nak nasihat la sikit kat sini, kalau nak terima seseorang, tak kira la kawan istimewa ke pakwe ke, kenal dulu hati budi. jangan pakai terima je takut lagi sakit lepas terima tu. ada kawan aku pernah cakap, cinta ni sebenarnya is all about accepting a person. kalau kau boleh terima orang tu siapa adanya dia, baru la layak bercinta. oke ni kawan aku yang cakap.

aku tak kapel tapi aku ramai kawan lelaki. dan tu tak bermaksud aku ialah seorang playgirl. sampai masa nanti aku akan jumpa juga Mr X aku haha.

oke tu je. sekadar berkongsi. :)

p/s: mak ayah carikan pun oke hehe.

Monday, April 18, 2011

7 ayat rejek aku.

ni bukan entri bajet hot atau bajet macho tapi ni satu tips untuk siapa siapa la yang nak merejek seseorang. dan ni jugak ialah pemberitahuan kepada lelaki lelaki, kalau aku cakap ayat ayat yang berkenaan ni, maksudnya aku merejek kau. ouh, aku memang kejam sikit. maaf lah ye.

1. "belum sedia lagi nak be in any heart-related relationship."
oke, ayat ni akan jadi ayat rejek terus kalau ayat lepas tu ialah "kita kawan je la, oke?"
tapi kalau ayat lepas tu ialah "kita kawan dulu oke?" , kau mungkin ada peluang lagi.

2. "aku selesa macam ni"
ni ayat rejek terus. sebab maksudnya, cukup sekadar jadi kawan je.

3. "aku tak minat la."
walaupun yang nak disampaikan ialah "aku tak minat nak kapel or be serious" tapi kalau pihak sebelah sana faham "aku tak minat kau" pon bagus jugak.

4. "aku suka orang lain"
perempuan memang suka berkias. kalau ayat dia ialah "aku tak suka kau", kau mungkin ada peluang lagi tapi kalau ayatnya ialah "aku suka orang lain", maka, lupakan jela dia.

5. "kau layak dapat seseorang yang lagi baik daripada aku"
ni ayat paling selamat nak merejek orang. kau tak bagi harapan, dan MUNGKIN tak sakitkan hati orang. MUNGKIN yang terbaik. huhu.

6. "aku tak rasa kita ada masa depan"
ni ayat kalau aku dah consider habis habis orang tu. buruk baik dia apa semua tapi aku tak rasa aku boleh terima siapa dia. mungkin ada peluang kalau orang tu berubah.

7. tak cakap apa apa, tapi terus ignore atau gaya macam taknak layan.
ni paling kejam. TOTALLY NO. lagi sadis kalau aku delete orang tu daripada friend list, tukar number, buang number orang tu, tukar link blog, tukar email etc. HAHA.

entah apa apa je aku merepek ni. tapi betul la, perempuan suka berkias. tak best la sakitkan hati orang kan. tapi kalau diri sendiri tak rela, takkan nak terima jugak, betul tak? ayat ayat perempuan ni memang banyak yg tersirat dalam yang tersurat. jangan buat assumption sebarangan based on ayat seseorang kalau kau tak kenal orang tu betul betul. oke?

peace yaw! (>.<')v